Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Popular Posts
-
Pada yang belum mengetahui khasiat buat ini marilah mencubanya. Buah ini dinamakan buah markisa. Memang sedap beb! rasa dia masam-masam mani...
-
Inilah serangga mantadak mentadu kalau tak silap macam tulah sebetunya. Dulu binatang nie mengejek orang tidur. Masa kecik-kec...
-
RAHASIA DIBALIK GEMPA SUMATERA BARAT Anugrah dan bencana adalah kehendak Nya, demikian lagu Ebiet G Ade terdengar. Demikian pula dengan nege...
-
Kawan bertahun kita bersama Bagai semalam baru bersua Kawan dihadapan oh! Indahnya Kita bersama berkelana Kawan bertahun kita bersama B...
-
Inilah Bibit2 Lagu NEGARAKU Yang Telah Diubah Suai Oleh NameWee Yang telah merosakkan Bangsa Sendiri Dan Mengutuk Orang2 Islam... Lebih L...
0 Komen: