Meh rapat2..Mari dekat2..Nie nak storymory sikit..
Cerita panas diteruskan lagi dengan kehadiran spyshot Saga New Facelift. Gambar-gambar misteri ini diambil oleh Spyshot berhampiran Bukit Jelutong. 

Reka bentuk baru ini, menggambarkan grill depan sama seperti Exora dan Persona. 
Dengan lampu depan dan belakang yang baru, spoiler macam Persona ditambah pula signal lamp di side mirror, Saga baru ini bersama rim sukan yang lebih menarik.

 Pengenalan rekabentuk baru ini lebih memenuhi kehendak semua golongan. Saya berpendapat, rekabentuk baru ini lebih memudahkan pengguna Saga membuat modifikasi berbanding Saga sedia ada. Kita memandang pada luaran sahaja, namun pasti terdapat perubahan pada prestasi enjin.

Mari Lihat Beberapa Keping GAmbar yang telah Di UPLOAD...Benar atau tak...Kita sama-sama nantikan kemunculannya..








Jeng..Jeng..Jenggg!!! Macam mane Pendapat Korang???






AMACAM??? Nice Or Not?? Kita Tunggu Dan Lihat Kemunculanya....






Jom layan video nie...Siapalah yang creative sangat wat alih suara macam nie...Tapi gempak jugak...Huhu..Memang kelakar habis..Apa2 pun Jom layan jerrrrrrrr...!!




Pengorbanan Seorang Ibu




Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. 
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah
dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. 
Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. 

Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh
kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian.
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. 

Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," 
Tak mahu! Tak mahu !". 

Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan 
cermin rumah jiran. 

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan
terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. 

Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti ,
 kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. 

Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan
ibu..

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh
darinya. 

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan
bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ".

Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang
kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". 

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.
Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi
beban bagi anak-anak. 

Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar
itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap
ibu muncul dalam ingatan satu persatu....Menyesal kemudian tiada guna...

Sanggupkah anda membalas jasa ibu sebegitu...Renung2kan Bersama...

Credit to : Persatuan Mahasiswa Islam USMKKj



Untuk renungan semua, 

Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
 
Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Ini adalah antara koleksi beberapa keping Gambar Proton Inspira yang sempat di terjah di beberapa blog...
Apa pendapat korang tentang kereta keluaran PROTON kali ini?













Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan 
dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Credit to : arenakereta




Gempak Tol Bebudak Nie.... Tabik Spring la...:)

Anda juga mungkin meminati :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:

Lain Blog


Caraku
CiNOS. Powered by Blogger.

Popular Posts

JoM