Inilah serangga mantadak mentadu kalau tak silap macam tulah sebetunya. Dulu binatang nie mengejek orang tidur. Masa kecik-kecik bila jumpa sahaja binatang nie selalu cakap " mentadak mentadu macam mana dia ( sebut nama orang yang kita hendak ) tidur. Tak semena-mena serangga nie membuat aksi dan gaya seperti nama yang kita sebutkan tadi..

        Tak tahulah betul atau tidak. Tetapi inilah yang terjadi masa zaman aku kecik-kecik dulu. Memang fun la kan bila dia main dengan serangga nie. Setiap kali jumpa serangga nie mesti cakap macam tu. Mungkin ini cara orang tua dulu-dulu untuk menghiburkan anak-anak mereka kot.
ChurpChurp race kini kembali musim yang ke-2 .


ChurpChurp Race ( The Night Race ). Kali ini anda sendiri boleh memilih hadiah yang ditawarkan sama ada  iPad 2 32GB WiFi, Canon EOS 550D dan juga memiliki sebuah telefon HTC Desire.

Menarik bukan ? dan bagaimanakah anda boleh memiliki hadiah yang ditawarkan ini ?. Sertai sekarang ...
>>> The Great Churp Churp Race <<< 


Untuk menyertai dan memenangi hadiah yang ditwarkan amat mudah. Anda hanya perlu register >>> disini <<< dan kemudian anda invite @ ajak rakan anda untuk menyertai perlumbaan ini. Setiap rakan anda yang turut sertai melalui link anda, maka kilometer perlumbaan anda akan bertambah sebanyak 100km.




Malah bukan itu sahaja, anda juga akan dibayar RM1.00 untuk setiap rakan anda yang menyertai melalui link anda tadi. Amat mudah bukan.. Mari kita berlumba hingga ke garisan penamat.


MUDAH & PERCUMA


Sehingga 19 July 2011 ini sahaja.
Pada yang belum mengetahui khasiat buat ini marilah mencubanya. Buah ini dinamakan buah markisa. Memang sedap beb! rasa dia masam-masam manis. Kalau nak tahu lebih lanajut tentang buah nie boleh rujuk disini.


Mula-mula memang aku tak tahu buah yang semakin menjalar-jalar yang ditanam oleh ayah aku ini  banyak pula khasiatnya. Buah ini juga amat sesuai untuk penghasilan jus. Selalunya aku buat jus jer. Ia juga boleh dimakan bergitu saja. " Enak dimakan begitu saja ......."
- ( nyanyi lagu macam iklan roti gardenia )..hihihi





Antara khasiat yang diperolehi dari buah ini ialah :

  • Kaya dengan pro-Vitamin A
  • Vitamin c
  • Passiflorance yang dikandungnya berkhasiat untuk mengendurkan urat syaraf.
  • Mengatasi kanser dan mengatasi insomnia 
  • Mengatasi batuk Anti alergi
  • Menenangkan anak hiperaktif
  • Menjaga kecantikan wajah
  • Menurunkan kolesterol
  • Memperlebarkan saluran pembuluh darah 
  • Melancarkan peredaran darah
  • Anti peradangan
  • Penurun panas (anti piretik)
  • Sebagai Antiseptik
  • Penghilang kedut pada wajah
  • Menjaga kesegaran tubuh
  • Antibodi 
Jadi, Cuba Dulu Baru Tau!!!!
Ini gambar bunga yang kedua aku snap.. Tak tau lak nape sejak dua menjak nie suka pulak tangkap gambar bunga.. Haha mat bunga kot :) 
Lama benar sudah tak updated blog ini.. Al-maklumlah dah ada domain dengan hosting sendiri..

Sudi-sudilah ke www.cinoscaraku.com. Berkemungkinan blog ini akan diupdated semula dari masa ke semasa. InsyaAllah.. Jadi sebagai hadiah terimalah bunga dari saya kat atas tu.. Hehehe :)



Sedarkah anda bahawa kelahiran ini ...
Semuanya kerana kasih dan sayang  ibu... 
Betapa besarnya kasih... 
Dalam kedinginan... 
Ibu bertarung nyawa untuk melahirkan kamu...
Apa balasan kamu pada Ibumu...

Ya Allah...
Ampunilah dosa2ku
Ya Allah...
Ampunilah dosa ibuku

Kini baru ku sedar 
Bertapa peritnya penderitaan ibu melahirkan ku...
Air mata ini mengalir dan menitis...

Saat kau melahirkan ku...
Amat sukar ku gambarkan..

Perderitaan yang ibu alami belum dapat lagi ku tebus ibu..
Ku berterima kasih padamu ibu..
Sesungguhnya kau bertarung nyawa melahirkan ku ke dunia ini...

Aku berjanji akan membalas jasa2mu padaku ibu..

Ibu..Aku sayang kamu...:)


"Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu..
."

-Petikan : Mentera beradu 






Cuba lihat titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan mata anda pada dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Meh rapat2..Mari dekat2..Nie nak storymory sikit..
Cerita panas diteruskan lagi dengan kehadiran spyshot Saga New Facelift. Gambar-gambar misteri ini diambil oleh Spyshot berhampiran Bukit Jelutong. 

Reka bentuk baru ini, menggambarkan grill depan sama seperti Exora dan Persona. 
Dengan lampu depan dan belakang yang baru, spoiler macam Persona ditambah pula signal lamp di side mirror, Saga baru ini bersama rim sukan yang lebih menarik.

 Pengenalan rekabentuk baru ini lebih memenuhi kehendak semua golongan. Saya berpendapat, rekabentuk baru ini lebih memudahkan pengguna Saga membuat modifikasi berbanding Saga sedia ada. Kita memandang pada luaran sahaja, namun pasti terdapat perubahan pada prestasi enjin.

Mari Lihat Beberapa Keping GAmbar yang telah Di UPLOAD...Benar atau tak...Kita sama-sama nantikan kemunculannya..








Jeng..Jeng..Jenggg!!! Macam mane Pendapat Korang???






AMACAM??? Nice Or Not?? Kita Tunggu Dan Lihat Kemunculanya....






Jom layan video nie...Siapalah yang creative sangat wat alih suara macam nie...Tapi gempak jugak...Huhu..Memang kelakar habis..Apa2 pun Jom layan jerrrrrrrr...!!




Pengorbanan Seorang Ibu




Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. 
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah
dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. 
Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. 

Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh
kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian.
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. 

Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," 
Tak mahu! Tak mahu !". 

Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan 
cermin rumah jiran. 

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan
terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. 

Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti ,
 kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. 

Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan
ibu..

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh
darinya. 

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan
bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ".

Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang
kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". 

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.
Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi
beban bagi anak-anak. 

Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar
itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap
ibu muncul dalam ingatan satu persatu....Menyesal kemudian tiada guna...

Sanggupkah anda membalas jasa ibu sebegitu...Renung2kan Bersama...

Credit to : Persatuan Mahasiswa Islam USMKKj



Untuk renungan semua, 

Siapakah orang yang sibuk ? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
 
Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Anda juga mungkin meminati :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:    .: cinoscaraku.com.:

Lain Blog


Caraku
CiNOS. Powered by Blogger.

Popular Posts

JoM