Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?
Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi
CiNOS. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Cub a lihat titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan mata anda pada dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subh...
-
Sedekah tu kan salah satu kebaikan ke jalan ALLAH... Tapi kan, klu ade yang menipu macam maner ek?? Yelah..kalau cacat dari segi fizikal tu ...
-
Semakin ramai yang aku kenal.. Semakin serabut kepala.. Bukan aper.. Kadang2 macam2 ragam yang dapat kulihat.. Dapat ku tafsir.. Dapat ku ik...
-
Meh rapat2..Mari dekat2..Nie nak storymory sikit.. Cerita panas diteruskan lagi dengan kehadiran spyshot Saga New Facelift. Gambar-gambar m...
















0 Komen: